1) Gencatan senjata boleh menstabilkan kerajaan. Saya setuju dengan YB Loke. Sepatutnya, semasa kerajaan PH terdahulu, sudah perlu ada genjatan senjata dalam isu peralihan kuasa. Ini tidak, satu pihak asyik pulun nak jadi PM, satu pihak lagi pulun tak mau letak jawatan PM. Akibatnya, kerajaan PH tumbang disebabkan pergelutan dalaman sendiri.
2) Sepanjang pergelutan perbutam kuasa dalam PH dalam isu peralihan kuasa, para pelabur hilang keyakinan dan pakat tarik pelaburan keluar. Downtrend berlaku dalam pasaran Bursa sejak PH memerintah sehingga tumbang. Kemudian Langkah Sheraton dan Covid19 memburukkan lagi keadaan dengan kejatuhan sangat besar.
3) Selepas kerajaan PN ambil alih, index Bursa membuat recovery, naik semula sehingga ke tahap sebelum langkah Sheraton. Dana asing yang keluar sejak zaman PH, kelihatan belum masuk semula walaupun pada zaman PN. Ia dapat dilihat pada fasa consolidation index Bursa. Bermakna, ekonomi kita belum pulih.
4) Hilang keyakinan pelabur terhadap negara kita masih belum pulih sepenuhnya. Harga sawit tidak meningkat, tetapi hanya memulih kepada tahap sebelum serangan Covid19. Jadi, tidak perlu keterlaluan untuk claim kehebatan Menteri PAS. Walaupun begitu, ia adalah usaha yang baik dan perlu dipertingkatkan lagi.
5) Genjatan senjata yang dicadangkan YB Loke adalah baik untuk kestabilan bagi meyakinkan para pelabur bahawa politik kita stabil, tiada lagi perebutan kuasa dan tekanan-tekanan untuk polisi diubah secara tiba-tiba akibat pertukaran kerajaan yang tergesa-gesa. Tetapi dari satu segi, ia dilihat sebagai YB Loke takut untuk hadapi PRU15.
6) Alasan perbelanjaan besar dan Covid19 adalah alasan yang sangat sesuai untuk mengelak PRU15. Sememangnya dana PRU15 itu lebih bagus untuk disalurkan kepada rakyat dan perkembangan ekonomi. Tetapi PRU15 untuk memutuskan kestabilan politik supaya ternoktah. Namun PRU15 belum tentu dapat stabilkan politik jika keputusannya kelak, sama sahaja - majoriti tipis. Jika demikian, kita telah bazirkan jutaan ringgit untuk pilihanraya yang sia-sia.
Sekian
MR : Aku setuju dengan kata-kata Lidah yahudi bila berkata2 lembut, ada muslihat yg halus dan tersirat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan