HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Ogos 2020

Pas tak keliru antara PN dan MN – Khairuddin

Mohammad Arif Nizam
MGF04082020_HOSPITAL-SELAYANG-TERIMA-SUMBANGAN-MESIN-VENTILATOR_08-681x454
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd
Khairuddin Aman Razali bercakap kepada media selepas Majlis
Sumbangan Mesin Ventilator dan Ujian Kit di Hospital Selayang,
Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL.

KUALA LUMPUR – Pas tidak pernah keliru dengan hala tuju perjuangan parti itu ketika ini sama ada mahu bersama dengan Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Razali berkata, hala tuju parti itu jelas iaitu ikatan bersama adalah kunci kejayaan untuk menjadi satu kerajaan yang gagah.

“Tidak ada (keliru) hala tuju kita jelas iaitu ikatan bersama adalah kunci kejayaan.

“Kita menghargai peranan semua parti-parti politik baik UMNO, Bersatu dan parti lain. Insya-Allah kita akan jadi kerajaan yang gagah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan mesin ventilator dan Test Kit Covid-19 di Hospital Besar Selayang hari ini.

MGF04082020_HOSPITAL-SELAYANG-TERIMA-SUMBANGAN-MESIN-VENTILATOR_03
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr.
Mohd Khairuddin Aman Razali (dua kiri) bersama Pengarah
Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi (kiri) mendengar
penerangan dari Ketua Eksekutif Persatuan Minyak Sawit
Malaysia (MPOA), Datuk Mohamad Nageeb Ahmad Abdul
Wahab (kanan) pada Majlis Sumbangan Mesin Ventilator
dan Ujian Kit di Hospital Selayang, Selayang, Selangor.
foto FAREEZ FADZIL

Beliau diminta mengulas kenyataan  Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub yang semalam menyindir Pas berhubung pendirian bekas parti lamanya itu sama ada mahu bersama MN atau PN.

Bekas menteri Kabinet itu mempersoalkan kewajaran parti itu untuk duduk bersama dengan PN pada ketika ia turut berada dalam MN.

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menegaskan, Pas akan terus memperkukuhkan kerjasama di dalam MN dan masih bersama Kerajaan PN.

“Apa cerita pilihan raya kita tunggu apa yang berlaku nanti. Insya-Allah kita bersama untuk memenangi PRU bersama semua parti, UMNO, Bersatu, GPS dan GBS Sabah,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Pas hati mereka dengan siapa? PN atau MN? – Salahuddin

Tiada ulasan: