KLANG – Perbincangan mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membabitkan Muafakat Nasional (MN) di Selangor, akan dilakukan selepas penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dimuktamadkan, dalam gabungan berkenaan.
Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, setakat ini, Bersatu Selangor belum lagi mengadakan apa-apa perbincangan atau mesyuarat bersama dua lagi parti komponen MN, iaitu UMNO dan Pas.
“Belum lagi (perbincangan agihan kerusi). Kita tunggu pendaftaran MN diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, selepas itu baru kita adakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU-15.
Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis perasmian Persidangan Bahagian Bersatu Selangor dan majlis ramah mesra bersama calon pemilihan Bersatu 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan