HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Ogos 2020

PRK Slim: SPR terima aduan ‘billboard’ BN disembur cat hitam

Shawaliah Hadir
MGF165082020_HUMAN-INTEREST-BENDERA-BN04-681x454
Beberapa jentera Barisan Nasional memasang bendera BN pada 
tiang elektrik dibahu jalan sempena kempen Pilihan Raya Kecil 
(PRK) N. 58 Slim semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette 
di sekitar kawasan Pekan Slim River, Perak. foto AFFAN 
FAUZI

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima satu aduan berkenaan billboard Barisan Nasional yang telah disembur dengan penyembur hitam dalam waktu berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, Perak.

Perkara berkenaan dinyatakan oleh suruhanjaya berkenaan menerusi Ringkasan Maklumat Laporan Kesalahan Sepanjang Kempen PRK itu yang diterbitkan di Twitter hari ini.

Bagaimanapun, tidak ada perincian mengenai aduan berkenaan.

Selain itu SPR memaklumkan sehingga kini tidak ada kesalahan kempen pilihan raya yang direkodkan sejak ia bermula 15 Ogos yang lalu.

PRK Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Mohd. Zaidi Aziz, 43, yang mewakili BN dan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, dan Prof S Santharasekaran, 44.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: