HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Ogos 2020

Raya Korban: Mat Sabu, Guan Eng kenang pengorbanan rakyat masa PRU14

SEMPENA Hari Raya Korban yang disambut oleh umat Islam, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenang pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam video ucapan yang dikongsi di media sosial masing-masing, ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan itu berkata, rakyat Malaysia telah berkorban terutama dalam mewujudkan kerajaan yang lebih bersih.

Penggundi dari luar negara sanggup pulang dari jauh untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.

“Ingat menjelang pilihanraya yang lepas pengundi kita yang berada di Australia, di New Zealand, di Qatar, di Doha, di Dubai, mereka balik mengundi, membayar tambang sendiri.

“Dan ada yang sampai malam pergi mengundi pagi, malam itu terbang semula. semata-mata nak lihat perubahan nak wujudkan kerajaan yang lebih baik. Ini pengorbanan rakyat,” kata Mat Sabu dalam video tersebut.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, pengorbanan rakyat mesti dibalas dengan mewujudkan kerajaan yang lebih baik dan lebih berintegriti.

Tegas beliau, pengorbanan rakyat ketika PRU-14 perlu dihargai dan mandat rakyat perlu dikembalikan.

Sementara itu Guan Eng dalam ucapannya menegaskan sebagai pemimpin mereka tidak seharusnya mengkhianati perjuangan tersebut.

“Dan saya rasa atas sokongan daripada semua pihak, Mat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Datuk Seri) Shafie Apdal, juga daripada Tony Pua yang merupakan salah satu pemimpin yang membongkar skandal 1MDB, Rafizi (Ramli) kita dapat membawa kebenaran kepada rakyat.

“Dan juga bersama-sama dengan rakyat, sama-sama kita buat perubahan. Dan sehingga hari ini, kita sekurang-kurang dapat lihat keadilan. Jangan lupa Tommy Thomas juga,” kata Guan Eng dalam ucapan sempena Hari Raya Korban tersebut.-SM

Tiada ulasan: