HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Ogos 2020

Sabah Memilih: Tiada jaminan PRN akan lahir kerajaan lebih stabil

Sabah Memilih: Tiada jaminan PRN akan lahir kerajaan lebih stabil
"Tiada kepastian kerajaan Sabah akan datang lebih stabil - Zaini.

 KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak menjanjikan sebuah kerajaan yang kukuh atau mempunyai kestabilan majoriti yang lebih baik daripada sebelum ini.

Menurut Pensyarah Ilmu Politik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Zaini Othman berkata ia berikutan kontroversi yang sentiasa dicetuskan oleh ahli politik dan kecenderungan mereka untuk 'lompat' parti.

Jelasnya walaupun pertukaran parti dibolehkan dalam sistem demokrasi di Malaysia, namun ia tetap memberi kesan terhadap kepercayaan pengundi.

“Dengan sentimen yang ada di kalangan masyarakat pada masa kini, saya menjangkakan bahawa keputusan itu (PRN) tidak akan melahirkan atau menghasilkan sebuah lagi kerajaan yang mempunyai majoriti yang kukuh.

"Ia banyak bergantung kepada calon bagaimana yang diketengahkan oleh mana-mana parti (yang bakal bertanding) nanti,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI dalam Buletin Khas Sabah Memilih pada Ahad.

Zaini juga menegaskan kestabilan sesebuah kerajaan itu amat penting kerana berkait rapat dengan kestabilan ekonomi dan sosial.

Tiada ulasan: