HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Ogos 2020

Sabah Memilih: UMNO sedia tawan semula Batu Sapi

Sabah Memilih: UMNO sedia tawan semula Batu Sapi
Zantapha berkata sebaik DUN Sabah dibubarkan, pihaknya kembali memperkasakan jentera parti. - Gambar Astro AWANI
 
SANDAKAN: UMNO Bahagian Batu Sapi menyuarakan keyakinan untuk menawan semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan Karamunting.

Ketua UMNO Batu Sapi, Zantapha Zainal Abidin berkata keyakinan itu diterjemah dengan pemerkasaan jentera parti sebaik sahaja DUN Sabah dibubarkan.

“Kita UMNO di Bahagian Batu Sapi telah siap sedia berkenaan dengan jentera pilihan raya dan kami menjelajah ke seluruh kawasan khasnya di bahagian Batu Sapi ini untuk mempastikan bahawa jentera bersiap siaga.

“Sokongan rakyat Alhamdulillah... mereka ingin UMNO kembali memerintah di Negeri Sabah kerana mereka sudah mengalami apa yang mereka rasa dengan slogan dahulu Sabah Ubah.

“Kini rakyat Batu Sapi tahu dan sudah rasa apa yang kerajaan pada masa itu buat di negeri Sabah khususnya daripada pemerintah Parti Warisan Sabah (WARISAN),” katanya dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Batu Sapi di sini, pada Ahad malam.

Menurutnya, keluhan rakyat di kawasan tersebut mungkin akan diterjemahkan dalam pilihan, sekali gus membuktikan bahawa mereka akan menyokong UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Katanya, antara realiti rakyat di dua DUN tersebut termasuk masalah mangsa-mangsa kebakaran yang tiada rumah sehingga hari ini.

Tiada ulasan: