HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Ogos 2020

Tolak RUU Perbekalan: Pembangkang bohongi rakyat

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Kesepakatan Ahli Parlimen pembangkang menolak RUU Perbekalan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menyerlahkan betapa mereka sebenarnya telah membohongi rakyat yang kononnya mahu dibela.

Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman membidas sikap Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Harapan itu yang disifatkannya harus merasa malu atas tindakan mereka tersebut kerana sebenarnya cuba menafikan hak rakyat.

Tegas beliau, peruntukan tersebut bukannya untuk ahli politik Perikatan Nasional, tetapi untuk perkhidmatan kepada rakyat melalui beberapa kementerian di mana ternyata pembangkang tidak memahami kesilapan mereka sendiri.

“Peruntukan ini adalah untuk rakyat miskin dan memerlukan antaranya melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar termasuk kepada Orang Asli. Adakah Pakatan Harapan tidak suka bantu orang miskin?” soal beliau.

Menurutnya peruntukan lebih RM7 bilion yang juga diagihkan kepada rakyat dan pembangunan rakyat cuba ditolak itu akan lebih memahamkan rakyat betapa PH sememangnya kuat berpolitik untuk kepentingan mereka tanpa mempeduli kesusahan rakyat.

RUU yang menguntukkan semula peruntukan perbelanjaan bagi tahun 2020 berikutan pembentukan Kabinet baharu dan penyusunan semula kementerian sejak 10 Mac lalu itu bagaimanapun meluluskan RM7,184,083,200 dengan undi belah bagi. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: