HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 September 2020

Apa Makna ‘Warisan For Sabah’ Tapi Ekonomi Tercorot, Maruah Kedaulatan Dicabar – Najib

 UMNO ONLINE

 

TAWAU – Apa makna ‘Sabah untuk Sabah’ atau ‘Warisan for Sabah’ jika ekonominya paling corot dalam negara dan pihak luar boleh tuntut kedaulatan Sabah?

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota jentera BN dan para pengundi dalam kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

Tegasnya, Barisan Nasional (BN) tidak pernah main emosi sebagaimana pihak lain yang gemar bermain sentimen sedemikian.

“Tak ada erti kata-kata ‘Warisan for Sabah’ kalau ekonomi merudum jadi tercorot dan Filipina pun boleh tuntut kita… mana maruah kita sampaikan orang luar boleh tuntut kita.

“Kita buat pertukaran, kita alih balik kepada BN. Kenapa… sebab utama kita dah bagi peluang, dah uji mereka, Pakatan Harapan (PH) 22 bulan, Warisan 26 bulan… apa mereka gunakan peluang ini… adakah perubahan, adakah lebih baik dari BN… adakah yang mereka janji ditunaikan…?

“Dengan ruang yang ada ternyata rakyat sudah tertipu… mereka menipu rakyat… maka kita ubah balik… kalau kita kuat orang pun tak akan berani dan BN akan kembali untuk pertahankan Sabah,” katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Bossku berkata demikian dalam perjumpaan santai bersama jentera BN Tawau dan pengundi DUN Balung di PDM Andrassy, di sini.

Katanya, hanya BN saja boleh membela masa depan rakyat, menjaga kebajikan dan menjanjikan hari esok yanh lebih baik.

“BN tak jual janji… tak main janji… kita laksanakan, ‘we deliver’… kita buat penyampaian kita dengan jelas tapi kerana hasutan, fitnah, janji-janji palsu maka kita tewas.

“Di Sabah ini kita sebenarnya tak tewas tapi hanya kerana ada seekor dua katak maka kita jadi pembangkang.

“Sebab itulah juga kerajaan PH jatuh… termaktub dalam sejarah PH kerajaan paling pendek dan Parti Warisan pula tak sah menang… kalau nak kata kerajaan pintu belakang pun boleh juga.”

Jelas beliau lagi, ketika zaman PH memerintah semuanya jatuh.

“Kita ada fakta… bukan auta sebagaimana kita lihat pertumbuhan ekonomi negara 2017, 5.9 peratus tetapi Sabah melebihi pencapaian negeri-negeri lain. Namun malangnya apabila PH ambil alih, pertumbuhan ekonomi merudum jatuh kepada 1.5 peratus tahun berikutnya dan jatuh lagi 0.5 peratus. Dari tertinggi jadi tercorot dalam negara,” katanya lagi.

Lantaran itu beliau menyeru jentera untuk bekerja lebih kuat dan raih pengundi untuk bersama BN.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazali Ansing dan calon BN DUN N.67 Balung, Hamild Awang.

Kempen PRN Sabah bermula semalam selepas penamaa calon yang menyaksikan pertandingan bagi merebut 73 kerusi DUN termasuk 13 kerusi baharu. – UMNO Online

Tiada ulasan: