HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 September 2020

Calon PBS lapor polis gambar disunting pakai serban

 MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Timbalan Presiden PBS Dr Yee Moh Chai membuat laporan polis mengenai gambar yang disunting dan dimanipulasi memakai serban dan tertera perkataan bahawa dia menyokong hudud.

Calon Api-Api itu percaya gambar berkenaan bersifat menghasut, dan pelakunya berniat untuk memainkan sentimen perkauman dan agama.

"Kami bimbang gambar yang dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini memberi tanggapan bahawa calon PBS N20 Api-Api dengan sengaja mempersendakan kepercayaan penganut agama lain.

"PBS tidak mengamalkan budaya memainkan sentimen berkaitan isu-isu keagamaan dan perkauman untuk mendapat sokongan pengundi," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdapat sembilan calon untuk kerusi Api-Api, yang penyandangnya adalah Christina Liew dari PKR.

Yee juga akan berdepan dengan calon LDP dan PCS di kerusi itu.

Tiada ulasan: