HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 September 2020

Calon Warisan DUN Sekong nafi dirinya militan

Wartawan MalaysiaGazette
5d785d59-4ce9-46d4-a6b9-d8a30a7792e8-e1599992300591
Gambar tersebar di media sosial sejak semalam mendakwa 
Alias Sani ialah bekas militan.Gambar FB

SANDAKAN – Calon Parti Warisan (WARISAN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Alias Sani menafikan dakwaan beliau pernah terlibat dalam gerakan militan.

Penafian itu dibuatnya selepas sekeping gambar tersebar di media sosial sejak semalam mendakwa dirinya ialah bekas militan yang menetap di Sandakan, seperti laporan FMT.

Bagaimanapun beliau mengakui pernah ditahan pada 2003 hingga 2007 tetapi tidak pernah dibicarakan dan disabitkan bersalah.

“Tangkapan saya sebagai langkah pencegahan dan saya tidak pernah menyokong sebarang aktiviti keganasan.

“(Tidak kira) apa pun namanya, apa pun bangsanya,” katanya selepas merasmikan gelanggang bola tampar di Kampung Bokara hari ini.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: