DETIK DAILY
Dato Husam Musa bersama dengan saya sejak zaman kepemudaan. Bermula
sejak beliau keluar dari Universiti Malaya, kami sama sama berkecimpung
di dalam PAS.
Kami sentiasa bertukar tukar pandangan, berceramah sepentas dan merangka
strategi PAS sehinggalah kami bersama di dalam Parti Amanah Negara.
Dato Husam seorang yang berfikiran luas, strategik dan sentiasa fokus
didalam gerak kerjanya. Kehebatannya itu diakui oleh kawan dan lawan.
Apabila beliau berhasrat melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden
AMANAH, maka kami para pimpinan mencadangkan supaya beliau diberi
peranan yang lebih besar iaitu sebagai penasihat kepada tiga biro
penting iaitu Biro Pilihanraya, Komunikasi dan Strategi Parti yang akan
memimpin roadmap pilihanraya Parti AMANAH Negara.
Inilah tanggungjawab yang akan diserahkan kepada Dato Husam bersesuaian
dengan pengalaman dan kebolehan beliau. Saya dengan Dato Husam Musa akan
sentiasa berganding bahu untuk memajukan Amanah, mengeratkan hubungan
dalam Pakatan Harapan dan memacu masa depan politik Malaysia dengan
konsep Islam Rahmatal Lil Alamin.
Mohamad Sabu
Presiden
Parti AMANAH Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan