HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 September 2020

Husam sah letak jawatan, kata Khalid

Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad mengesahkan hari 
ini bahawa naib presiden parti itu Husam Musa meletak jawatan.

PETALING JAYA: Amanah mengesahkan naib presidennya, Husam Musa melepaskan jawatan.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata demikian, selepas parti itu melulusakan permohonan Husam 6 Sept lalu

“Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Amanah yang diadakan pada 6hb September meluluskan permohonan Husam Musa untuk melepaskan jawatan naib presiden,” katanya.

Khalid bagaimanapun menjelaskan, peletakan jawatan itu adalah bagi membolehkan Husam memberikan tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk Amanah di Kelantan, khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu.

“Memandangkan kebolehan dan kemampuan beliau masih diperlukan di peringkat nasional, Jawatan Kuasa Nasional Amanah mengambil keputusan untuk meminta beliau berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada 3 biro dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke15, iaitu Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi,”katanya

Khalid juga menyifatkan dakwaan kononnya keputusan Husam melepas jawatan kerana tidak berpuas hati dengan presiden parti, Mohamad Sabu sebagai tidak berasas.

“Ia dilakukan demi melonjak dan mengukuhkan lagi kedudukan Amanah di Kelantan, khususnya di Kota Bharu,”katanya

Terdahulu seorang pemimpin Amanah pusat mengesahkan Husam menghantar surat untuk meletak jawatan.

Ahli Jawatankusa Amanah, Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, perkata itu dimaklumkan sendiri presidennya, Mohamad Sabu.

”YB Mohamad Sabu ada maklumkan bahawa Husam hantar surat perletakan jawatan kepadanya,”kata Wan Rahim yang juga bekas pengerus Amanah Kelantan kepada FMT.

Tiada ulasan: