HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 September 2020

Matlamat utama PN untuk tewaskan Warisan – Shahidan

Muhammad Azizul Osman
MGF13092020_PROGRAM-BOSSKU-BERSAMA-CALON-7-681x453
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua dari kanan) bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.67 Balung, Hamild @ Hamid Awang (dua dari kiri) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim (tengah) bergambar bersama penyokong dan jentera UMNO selepas hadir ke program 'Bossku' berjumpa dengan pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di PDM Andrassy DUN Balung, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN

TAWAU – Kepimpinan Perikatan Nasional (PN) harus ingat tujuan utama kerajaan masuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah untuk menewaskan kerajaan Warisan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata fokus utama itu perlu diambil perhatian bagi memulihkan semula ekonomi Sabah.

“Paling penting kita nak tewaskan Warisan, berdasarkan sambutan yang diberikan di semua tempat saya rasa BN boleh menang.

“Dulu Sabah pada 2013, pertumbuhan ekonomi adalah lapan peratus sekarang menjunam sehingga dua peratus. Ini merupakan malapetaka bagi kehidupan rakyat.

“Jadi kita orang pulihkan semula supaya perkembangan ekonomi meningkatkan semua dan BN mampu untuk berbuat demikian,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika mengiringi Datuk Seri Najib berkempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Andrassy DUN Balung, Tawau.

Shahidan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berhubung isu calon Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata, prinsip siapa yang memiliki majoriti terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mempunyai kuasa untuk dilantik ke jawatan itu.

“Kita kena ikut prinsip siapa yang menang banyak dan mendapat sokongan majoriti daripada ADUN, dia akan jadi Ketua Menteri.

“Siapa sahaja yang menang banyak kerusi boleh menubuhkan kerajaan dan disamping BN yang bertanding kita ada kerjasama daripada parti lain,” katanya lagi.

MGF13092020_PROGRAM-BOSSKU-BERSAMA-CALON-4-1024x682
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, bercakap kepada media selepas 
hadir ke program ‘Bossku’ berjumpa dengan pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di PDM Andrassy DUN Balung, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN

Semalam, secara eksklusif kepada MalaysiaGazette, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata soal siapa bakal Ketua Menteri Sabah hanya akan dibincangkan selepas Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah menang sekurang-kurangnya 37 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRN Sabah yang akan berlangsung 26 September ini.

“Pegangan parti-parti dalam BN ialah menentukan semua kerusi yang kita tandingi seboleh-bolehnya menang. Bagi memperolehi kemenangan dan membentuk kerajaan, ianya memerlukan sekurang-kurangnya 37 kerusi DUN.

“Untuk itu kita jangan terperangkap jika keperluan untuk menamakan seseorang untuk sebagai Ketua Menteri tetapi yang paling penting adalah berusaha untuk memenangkan calon-calon yang dicadangkan,” katanya malam tadi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: