HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 September 2020

PAS mengatur langkah lebih kemas untuk ke depan

HARAKAH DAILY

IPOH: Pilihan PAS untuk memberi laluan kepada rakan muafakat Perikatan Nasional dan Barisan Nasional adalah keputusan untuk parti ini dan koalisi kerajaan berdasarkan tumpuan dan kekuatan ketika ini.

Bendahari Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, sebagaimana pendirian telah dizahirkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, keputusan tersebut adalah terbaik buat masa ini.

“Fokus utama ketika ini adalah menubuhkan Kerajaan Negeri Sabah dengan memenangi PRN Sabah. Fokus ini adalah jauh lebih penting daripada merebut kerusi. Apa lagi bertanding sekadar ‘tunjuk muka’ seperti PAN.

“PAS bukan mengalah, tetapi berundur untuk mengatur langkah yang lebih kemas dan panjang di masa depan,” ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.

Menurut beliau, PAS membuat penelitian yang menyeluruh dengan mengambil kira suasana politik di Sabah berbeza dari Semenanjung, tetapi sejarah telah membuktikan keberadaan PAS di negeri itu istiqamah membawa Islam.

“PAS kini telah mentadbir tiga negeri, menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat, bahkan jika PRN Sabah berjaya dimenangi, ruang untuk PAS melebar jaringan dakwah, siyasah dan tarbiyah di Negeri Bawah Bayu itu tentu lebih besar dan lebih penting untuk dimanfaatkan,” ujarnya.

Tambahnya, PAS sudah lama berada di pentas siyasah di mana hasil kesabaran dan kesungguhan sejak turun temurun dan dari diwariskan generasi terdahulu telah membawa kepada menuju kemenangan. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: