DAP perlu sokongan Melayu, dan kerjayaan imej DAP agak baik bila mereka bersama PAS. Tapi apabila sesetengah pimpinan PAS tak boleh diperkudakan, maka DAP taja satu parti AMANAH untuk ambil alih pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan.
AMANAH tidak dapat sokongan, tak lebih drp 6,000 ahli PAS sahaja seluruh Malaysia menyertai AMANAH maka DAP mula beralih kepada BERSATU dan Mahathir. Mereka sanggup perkudakan Mahathir demi matlamatnya. Tapi malangnya BERSATU yang bersemangat UMNO anti DAP akhirnya meninggalkan DAP.
PAS tak berjaya, pimpinan PAS belot (AMANAH) pun lingkup, BERSATU akhirnya menjadi musuh dan DAP ada satu pilihan kecil hanya WARISAN. Dengan PKR mereka tak nampak jalan.. akhirnya DAP taja MUDA melalui budak berhingus yang buta politik.
MR : DAP ada duit, Syed ada akal yang bodoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan