HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 September 2020

Shafie beri amaran kepada Pas

melakafokus.com

Shafie beri amaran kepada Pas

Saya ingin mengingatkan pemimpin politik terutama PAS agar tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau hingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Kenyataan bersifat perkauman bukan langkah yang harus dilakukan jika ingin melihat negara ini maju ke hadapan.Jika rakyat tidak belajar apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan Timur Tengah yang mempunyai amalan perkauman yang tebal serta ektremisme agama, maka perpaduan dan kemakmuran tidak akan dapat dikecapi.

Ini yang kita mahu dan ia satu petanda yang baik. Kalau kita bertindak menggunakan isu-isu yang memecah belahkan kaum dan agama, perpaduan kaum tidak akan dikecapi.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika berbahas di Dewan Rakyat mendakwa kitab Injil yang digunakan masyarakat Kristian di negara ini telah terpesong.
Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat Kristian termasuk pemimpin gereja seluruh negara yang mendesak beliau untuk memohon maaf.

Kenyataan yang melampau tidak seharusnya dikeluarkan kerana tidak mendatangkan kebaikan kepada masa depan generasi masa depan.

Pemimpin tidak boleh hanya bergantung kepada landasan politik semata-mata kerana itu boleh menghancurkan perpaduan kaum yang ada.

Untuk mengekalkan perpaduan, kita perlu bersatu dalam membina negara dan bangsa. Jangan ada keterlaluan dan kesempitan.

Seandainya kaum dan agama menjadi pegangan tanpa batasan tanpa memikirkan kepentingan nyawa manusia, pembunuhan pasti akan berlaku kerana wujud ektremisme dalam kalangan masyarakat.

Sumber:https://www.facebook.com/shafieapdalofficial/posts/3385428911478179

Tiada ulasan: