HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 September 2020

Shafie gesa tolak politik wang

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata undi adalah hak rakyat 
dan tidak seharusnya dijual. (Gambar Facebook)

TAWAU: Presiden Warisan Shafie Apdal mengajak pengundi Sabah menghentikan kuasa politik wang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini.

Shafie berkata, pilihan raya adalah platform untuk rakyat menentukan kerajaan dipilih dengan menggunakan hak mengundi dan membuang budaya politik wang.

“Pengundi tidak akan kaya dengan duit diberi RM200 atau RM300, tidak mampu beli kereta, tidak cukup bina banglo, pengundi ada maruah dan penentu masa depan anak-anak Sabah,” katanya pada majlis bersama calon Warisan bertemu rakyat hari ini.

Beliau berkata, undi adalah hak rakyat dan undi tidak seharusnya diju

al.

“Undi kamu punya, tangan kamu yang mengundi, jangan jual undi,” katanya.

Katanya, PRN ini cukup penting untuk rakyat menentukan masa depan Sabah.

Pada PRN kali ini, Shafie menghadapi pertandingan 5 penjuru dalam mempertahankan kerusi DUN Senallang.

Tiada ulasan: