HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 September 2020

Syed Saddiq kebal undang-undang? – Mohd Razlan

Wartawan MalaysiaGazette
Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

KUALA LUMPUR – Kedudukan dana sebanyak RM50 juta yang telah diperuntukkan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan untuk membangunkan 222 Youth Power Club (YPC) di seluruh negara kini menjadi tanya.

Datuk Mohd Razlan Rafii mempersoalkan di mana wang tersebut sekarang.

Persoalan itu turut membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta kepada inisiatif tersebut.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu bertanya, adalah semua wang tersebut telah diserahkan kepada kerajaan sekarang.

”Adalah amat membimbangkan walaupun terdapat banyak kes yang membabitkan Syed Saddiq, melibatkan jutaan ringgit, Kerajaan Perikatan Nasional dilihat sangat lemah dalam mengambil tindakan undang- undang terhadapnya.

”Ini memberi gambaran bahawa Syed Saddiq kononya kebal tindakan undang-undang dan dilindungi oleh individu-individu tertentu dari pihak Kerajaan Perikatan Nasional sebagai balasan untuk sokongan Syed Saddiq sebagai Ahli Parlimen kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, menurut Mohd Razlan, sudah tiba masanya kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Jabatan Peguam Negara melihat perkara ini dengan serius.

”Adalah amat penting supaya integriti SPRM dan Jabatan Peguam Negara dijaga sebaik mungkin dan tidak digunakan atas agenda peribadi beberapa pihak berkepentingan,” tambahnya.

Mohd Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh mendakwa, walaupun Syed Saddiq sering menampilkan diri sebagai hero dalam memerangi rasuah dan amalan kleptokrasi tetapi bekas Menteri Belia dan Sukan ini hanya mampu berdiam apabila orang ramai mahukan jawapan kepada kes-kes rasuah di bawah rejim Tun Dr Mahathir Mohamad yang pertama seperti kes mata wang Bank Negara Malaysia, Perwaja dan lain-lain.

Malah tidak pernah Syed Saddiq menjawab sebarang soalang mengenai kekayaan keluarga Dr Mahathir.

”Kebelakangan ini, lebih banyak pula kisah buruk tentang Syed Saddiq yang terbongkar. Antara projek utama Syed Saddiq semasa di bawah Pakatan Harapan adalah untuk memperkenalkan inisiatif Youth Power – di mana lebih RM 50 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan 222 Youth Power Club (YPC) di seluruh Malaysia, yang diikuti dengan sponsorship dari syarikat swasta.

”Beberapa minggu yang lepas, terbongkar pula surat yang bertarikh 6 Ogos 2019 dari Syed Saddiq kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta peruntukan tambahan sebanyak RM 5 juta kepada inisiatif tersebut. Persoalanya di manakah semua duit itu sekarang ini? Adakah semua telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Perikatan Nasional, ataupun semua diam sahaja?

”Apabila terbongkar, Bendahari pula yang disalahkan? Kenapa tidak ada sesiapa yang didakwa di mahkamah sampai sekarang?,” soalnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: