PETALING JAYA: Masa depan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri bergantung kepada keputusan malam ini tatkala majlis kerja tertinggi Umno bermesyuarat susulan penolakan cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.
Bekas perdana menteri Najib Razak dikatakan meminta ahli Parlimen Umno menyokong Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim, yang berusaha menggulingkan Muhyiddin untuk membentuk kerajaan baharu.
Cadangan itu yang dikemukakan pada mesyuarat ahli Parlimen Umno, disokong beberapa penyokong Najib, kata orang dalam parti kepada FMT. “Ahli Parlimen itu membincangkan isu menyokong Anwar tetapi yang lain lebih memilih supaya pilihan raya diadakan,” FMT diberitahu.
Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin (dengan 50 kerusi di Dewan Rakyat) membentuk kerajaan gabungan dengan sokongan Umno dan Barisan Nasional (43 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (18) dan bebas. Ia mempunyai majoriti tipis di Dewan Rakyat.
Anwar baru-baru ini mendakwa mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Parlimen dan boleh membentuk kerajaan baharu.
Sumber FMT berkata, ahli Parlimen Umno berbelah bahagi kerana ada yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin harus dipertahankan sehingga pilihan raya diadakan.
“Nampaknya ada yang lebih memilih pilihan raya diadakan, kemudian Anwar sebagai perdana menteri, dan terus menyokong Muhyiddin,” kata sumber parti itu.
Bagi yang tidak menyokong Anwar mempersoalkan hubungannya dengan DAP. Mereka berkata, mungkin tidak menyokong rancangan untuk menjadikannya sebagai perdana menteri, kerana sebilangan mereka tidak mahu menjalinkan hubungan dengan DAP.Ketiga-tiga cadangan itu sedang dibincangkan dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno sebelum sebarang keputusan dibuat malam ini.
“Mereka mahu perkara itu diputuskan malam ini. Tetapi saya tidak pasti bagaimana, kerana ahli kelihatan berbelah bahagi. Setiap pihak rasa mereka melakukan perkara yang betul,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan