on
NAIB Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa memberi bayangan bahawa
parti itu mahu mentadbir Perak bersama-sama dengan UMNO.
Menurut Mujahid, jumlah sokongan seramai 48 orang Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) yang menolak usul undi percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Uzumu
sebagai Menteri Besar Perak boleh dilanjutkan ke fasa mentadbir kerajaan
negeri bersama-sama.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, jumlah gabungan ADUN UMNO dan ADUN
Pakatan Harapan boleh membentuk sebuah kerajaan negeri yang kukuh di negeri
itu.
“Saya mencadangkan angka 48 sebagai kayu pengukur yang perlu dilanjutkan dalam
fasa ini, ia bukan mustahil.
“Ini bermakna 24 UMNO dan 24 PH mampu membentuk kerajaan yang dari sudut
bilangannya adalah kukuh dan stabil.
“Soal bagaimana teknikal pembentukan kerajaan UMNO dan PH di Perak
terpulanglah kepada perbincangan dan persetujuan bersama antara pemimpin UMNO
dan PH,” kata Mujahid.
Beliau menengaskan peluang yang terbuka itu patut digunakan untuk mengukuhkan
demokrasi dan menyembuhkan negeri Perak dari frisko politik langkah Sheraton
yang didakwanya mengundang musibah besar terhadap politik negara.
Mujahid berkata, walaupun kerajaan campuran UMNO dan PH akan menimbulkan
polemik dalam kalangan pengikut masing-masing namun keutamaan harus diberikan
terhadap keperluan kerajaan bermajoriti kukuh untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Di sinilah politik berjiwa besar perlu ditonjolkan dalam suasana Covid dan
krisis kepercayaan kepada pemerintah menggugat ketahanan kita,” tegas Mujahid.
Sementara itu Mujahid turut optimis untuk PH dan UMNO bersama-sama mentadbir
negara di peringkat persekutuan.
Katanya, fasa pertama di Perak membuktikan gabungan undi UMNO dan PH bukan
sesuatu yang mustahil untuk dijayakan.
“Kita menanti fasa kedua apakah gabungan ini untuk stabiliti sebuah kerajaan
boleh dicapai.
“Langkah Perak mencabar MP di Persekutuan khususnya MP UMNO apakah mereka
bersedia bersikap terbuka seperti PH di Perak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan