Cinca
on
SELEPAS berkali-kali dikhianati dan dianiaya, akhirnya pemimpin UMNO mengambil
langkah berani dengan menggulingkan menteri besar Perak merupakan orang kuat
Bersatu.
Tidak cukup itu UMNO sanggup bekerjasama dengan DAP demi menyelesaikan kemelut
tersebut, sedangkan sebelum ini mereka bertegas tidak akan bersama DAP sama
ada di dalam kerajaan, mahupun di barisan pembangkang.
Walaupun inilah hakikat politik jika mahu menyaksikan politik yang stabil dan
negara dapat bergerak ke hadapan, tetapi ego itu sukar dipecahkan.
Selain itu para pemimpin UMNO juga bimbang ahli di peringkat akar umbi tidak
dapat menerima kerjasama baharu itu.
Bagaimanapun apabila banyak kali ditipu dan dianiaya, kesabaran para pemimpin
UMNO akhirnya terlerai dan berkecai.
Dalam erti kata lain Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya terpaksa melutut kepada
UMNO bagi mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.
Bersatu sebenarya merupakan sebuah parti kecil yang berasakan mereka kuat,
tapi sebenarnya lemah.
Satu sahaja kelebihan yang dimiliki mereka ialah jawatan perdana menteri.
Jentera di peringkat akar umbi pun tiada, lantaran itu mereka goyah untuk
menghadapi pilihan raya umum dan terus berusaha melambatkan pembubaran
parlimen.
Mereka juga perlu menunggang jentera parti rakan komponen iaitu Pas dan UMNO
untuk memastikan survival Bersatu. Bagaimanapun sikap para pemimpin mereka
mudah lupa daratan menyebabkan hubungan sesama komponen sentiasa tegang.
Parti kecil yang merasakan diri mereka kuat, sebenarnya lemah dan telah hilang
kuasa di Johor, di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa
hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Itupun jika UMNO bekerjasama dengan
Pakatan Harapan (PH) dan Warisan, Bersatu juga kehilangan kerajaan di Sabah.
Pada pilihan raya negeri Sabah tempoh hari walaupun UMNO memenangi paling
banyak kerusi, parti kecil perasan besar itu berkeras mahukan jawatan ketua
menteri dan memaksa UMNO mengalah.
Sudahlah kerusi yang ditandingi UMNO diletakkan calon begitu ramai Bebas bagi
memastikan calon UMNO tidak menang dan jika menang sekalipun dengan majoriti
kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan