Shuhada Abdul Kadir
Menurut
Adly, peruntukan itu tidak banyak menjurus kepada rakyat sebaliknya
hanya memberi fokus kepada operasi tertentu yang tidak dijelaskan
kerajaan
negeri. - Gambar Fail
AYER KEROH:
Pakatan Harapan Melaka menganggap Belanjawan 2021 negeri tu yang
berjumlah RM445.86 juta yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN)
pada Khamis merupakan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15).
Menurut Ketua Pembangkang DUN
Melaka, Adly Zahari, peruntukan itu tidak banyak menjurus kepada rakyat
sebaliknya hanya memberi fokus kepada operasi tertentu yang tidak
dijelaskan kerajaan negeri.
Untuk
membuktikan hujahnya, Adly menyentuh tentang peruntukan Pejabat Ketua
Menteri yang dinaikkan kepada RM5 juta berbanding RM3.15 juta ketika
Pakatan Harapan (PH) mentadbir negeri itu.
Malah
kata beliau, peruntukan pengurusan juga meningkat sebanyak 74.68
peratus dan perkara itu tidak dijelaskan secara terperinci.
"Bagi
kami (PH), Belanjawan ini tidak realistik kerana ia tidak akan mencapai
sasarannya tetapi sebaliknya ia cuma satu bentuk perbelanjaan dan
akhirnya Belanjawan itu menjadi defisit.
"Saya
juga melihat ada yang tersirat pada Belanjawan ini iaitu ia dirancang
dan dibuat bagi tujuan menghadapi Pilihan Raya akan datang.
"Kita
boleh jangka kerana saya pun pernah berada di kedudukan Ketua Menteri
dan kita boleh lihat daripada RM3 juta, ia naik ke RM5 juta, jadi dari
situ kita boleh tahu itu adalah persediaan bagi menghadapi Pilihan
Raya," katanya pada sidang media selepas Persidangan Ketiga, Penggal
Ketika Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka ke-14 pada Jumaat.
Adly
juga menegaskan, PH kesal kerana peruntukan pembangunan pendidikan
Islam turut dikurangkan sebanyak 22 peratus iaitu hanya RM11.4 juta pada
tahun depan berbanding RM14.7 juta pada Belanjawan Melaka 2021.
Sementara
itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menafikan dakwaan
berkenaan sebaliknya menegaskan limpahan ekonomi dalam Belanjawan negeri
hanyalah untuk rakyat semata-mata.
Katanya,
dakwaan bahawa ia merupakan persediaan menghadapi pilihan raya hanyalah
pandangan peribadi pihak pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk
menterjemahkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan