Abd Razak Mohd Ali
Razman
yang juga Pesuruhjaya Pas Perak berkata, mereka juga sentiasa
menumpahkan
taat setia tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Nazrin. -
Gambar fail
IPOH:
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria bersama dua lagi Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Pas memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah ekoran kekhilafan mereka tidak menghadap baginda
pada Selasa lalu.
Razman yang juga ADUN
Gunung Semanggol dan ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin serta ADUN Kubu
Gajah, Mohd Khalil Yahaya menjelaskan mereka sentiasa menjunjung tinggi
institusi kesultanan negeri Perak.
Razman berkata, mereka juga sentiasa menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Nazrin.
"Maka,
saya iaitu Haji Razman bin Haji Zakaria, Mohd Akmal bin Kamarudin dan
juga Mohd Khalil Yahaya dengan ini, dengan rendah hati, dengan rendah
diri menzahirkan permohonan ampun kepada Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas kekhilafan tidak menghadap
sebagaimana yang dititahkan ke bawah duli kepada kami bertiga pada hari
Selasa, Disember 2020 jam tiga petang yang lalu," katanya pada sidang
media khas pada Jumaat.
Razman menjelaskan, Pas Perak telah mengutuskan surat permohonan ampun dan maaf itu ke pejabat Istana Kinta pada petang Jumaat.
Razman
turut mengesahkan surat yang tular di media sosial bertarikh 10
Disember daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memohon
menghadap Sultan Perak.
Beliau turut
mengesahkan telah menyerahkan senarai calon Exco kerajaan negeri
daripada Pas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan