Aida Aziz

Mohd
Annuar berkata kenyataan itu disifatkan berniat jahat kerana
menjatuhkan
kredibilitinya sebagai Ahli Dewan Negara Perak, sekaligus
boleh menjejaskan nama
baik pihak Istana Perak. - Foto Astro AWANI
IPOH:
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini membuat laporan
polis terhadap pengguna Facebook yang belum diketahui identitinya,
susulan penularan berita palsu berhubung isu pelantikan lima lagi Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco).
Mohd
Annuar berkata kenyataan itu disifatkan berniat jahat kerana
menjatuhkan kredibilitinya sebagai Ahli Dewan Negara Perak, sekali gus
boleh menjejaskan nama baik pihak Istana Perak.
Ujarnya,
kenyataan yang tular di laman sosial mendakwa dia berkata pelantikan
lima lagi Exco Perak pada Selasa tidak melibatkan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Pas adalah tidak benar sama sekali.
“Untuk
makluman kenyataan itu tidak benar sama sekali dan palsu, saya tidak
pasti siapa yang cuba menularkan kenyataan sedemikian di laman Facebook
dan saya datang ke Balai Polis Kampung Rapat Ipoh untuk membuat laporan.
“Pada
saya, itu tidak baiklah sedangkan realitinya pada petang ini dua orang
ADUN dari Pas telah diperkenan oleh Sultan untuk dilantik mengangkat
sumpah sebagai Exco.
“Setiap pihak harus
bertanggungjawab. Sudah cukuplah kita menimbulkan polemik, fitnah… jadi
etika menyiarkan berita ini biarlah berdasarkan yang berfakta dan yang
benar,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai
Polis Kampung Rapat, di sini pada Selasa.
Mohd
Annuar berkata, beliau juga kesal dengan sikap segelintir pihak yang
cuba melaga-lagakan orang ramai dengan kenyataan palsu itu dan
mendatangkan kegusaran kepada rakyat Perak.
Terdahulu,
lima lagi Exco termasuk dua daripada Pas mengangkat sumpah di hadapan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh.
Dua
ADUN Pas itu, Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal
Kamarudin (Selama) mengangkat sumpah bersama-sama Datuk Nolee Ashilin
Mohammed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala
Kurau) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Ahmad Saidi
Mohamad Daud (Changkat Jering) dari UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan