Harits Asyraf Hasnan
SD
itu ditandatangani Hasnul pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
gagal
memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN
Perak,
4 Disember lalu. - Foto Fail / BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd
Munaim akui menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Saarani
Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Ujarnya,
SD itu ditandatangani beliau pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada
persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu.
Tegasnya,
tiada keperluan untuk Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mencari segala bukti berkait
sokongan beliau terhadap Saarani.
“Pengakuan
saya ini adalah untuk meredakan ketegangan antara dua parti, Bersatu
dan juga UMNO. Setiausaha Agung Bersatu dalam kenyataannya semalam
beliau akan menunggu bukti daripada UMNO, yang akan menunjukkan bahawa
saya menyokong Datuk Saarani.
“Pada
saya, tak perlu sampai menunggu UMNO memberi bukti, saya hari ini
mengaku sara rasmi, saya memang tanda tangan SD (sokong) Datuk
Saarani.
“Saya percaya akhirnya semua YB
daripada PN pun akan memberi sokongan yang sama kepada Datuk Saarani tu.
Saya tandangan itu kerana saya rasa semua YB termasuk UMNO pada
akhirnya akan tanda tangan, walaupun berlaku sedikit kelewatan,” katanya
kepada Astro AWANI.
Pengakuan dibuat beliau itu sebagai reaksi kepada laporan Bernama semalam
yang memetik Hamzah sebagai berkata keahlian Hasnul Zulkarnain akan
gugur secara automatik jika terbukti tidak menyokong usul undi percaya
terhadap Ahmad Faizal dalam persidangan DUN 4 Disember lalu.
Hasnul Zulkarnain bagaimanapun enggan mendedahkan undian beliau sewaktu proses pengundian usul itu berlangsung.
“Saya
tidak diberi ruang oleh Bersatu sama ada di peringkat negeri atau
bahagian untuk terlibat secara langsung dalam gerak kerja parti politik.
“Itu menggambarkan saya seolah tidak diperlukan dalam parti Bersatu,” katanya.
Beliau bagaimanapun menyerahkan segala keputusan di peringkat parti berkait keahlian beliau dalam Bersatu.
Hasnul
Zulkarnain menyertai Bersatu pada 3 Jun lalu. Sebelum itu, beliau
merupakan wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac
susulan penjajaran politik di Perak yang menyaksikan Perikatan Nasional
(PN) mengambil alih pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan