Astro Awani
AMK
negeri percaya kepimpinan AMK akan tetap komited dan mendukung penuh
presiden parti dalam usaha beliau membina Malaysia yang lebih baik dan
mensejahterakan rakyat. Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Semua 14 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri mengecam perbuatan
pihak tertentu membocorkan kandungan perbincangan tertutup sehingga
mencetuskan suasana tidak menentu dalam parti.
Dalam
satu kenyataan malam ini, mereka berkata, kepimpinan negeri menolak
sebarang agenda yang cuba menangguk di air keruh untuk melaga-lagakan
anggota mahupun kepimpinan.
Justeru,
mereka berkata, semua kepimpinan dan anggota AMK Malaysia di semua
peringkat diminta bertenang dan berlaku adil kepada kepimpinan untuk
menjernihkan keadaan.
"Kami mengambil maklum berhubung isu kebocoran tangkap layar perbincangan tertutup melibatkan kepimpinan AMK Malaysia.
"Mewakili
sayap AMK negeri, kami berpandangan perkara ini sewajarnya diselesaikan
secara berhemah menerusi saluran dalaman parti.
"Kami
percaya perkara ini juga akan dapat diharmonikan dalam mesyuarat Majlis
Pimpinan AMK (MPAMK) Malaysia yang melibatkan semua kepimpinan AMK
Malaysia bersama ketua-ketua AMK negeri," kata mereka dalam kenyataan
itu pada Ahad.
Pada
masa sama, mereka percaya kepimpinan AMK akan tetap komited dan
mendukung penuh presiden parti dalam usaha beliau membina Malaysia yang
lebih baik dan mensejahterakan rakyat.
"Tiada
asas kukuh untuk mempertikaikan kesetiaan kepimpinan AMK Malaysia
terhadap pucuk pimpinan parti setelah kesetiaan ini dibuktikan menerusi
komitmen AMK mempertahankan prinsip dan idealisme daripada agenda
pengkhianatan yang lalu," kata mereka.
Astro AWANI
pada Sabtu melaporkan satu perbualan dipercayai membabitkan pemimpin
Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk daripada AMK telah tular, dengan
kandungannya antara lain menyelar presiden parti, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Menerusi satu perbualan dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti dilihat dan dilaporkan portal
MalaysiaNow, perbualan itu jelas menunjukkan rasa tidak puas hati
terhadap Anwar, berikutan mereka mendakwa beberapa kali dikecewakan
presiden mereka sendiri.
Perasaan itu
timbul selepas 'kegagalan' Ahli Parlimen Port Dickson itu membuktikan
beliau mempunyai sokongan majoriti sekali gus menjatuhkan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi
tangkap layar yang dilihat portal itu, dua pemimpin utama AMK
mengkritik Anwar dan mengatakan akar umbi parti dipermainkan dan
berterusan bergaduh sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan