Menteri
Wilayah Persekutuan, Annuar Musa tampil memberi penjelasan berhubungan
dakwaan ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mengenai surat
sokongan kepada perdana menteri supaya meluluskan projek pembinaan lebuh
raya di Kelantan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat.
Annuar menegaskan, surat sokongan bukan keputusan atau arahan dan tidak semestinya diterima pakai.
"Bila rakyat minta sokongan dan ada asas dan merit yang sesuai, tugas wakil rakyat adalah memberikan sokongan yang dipohon.
"Laku
tak laku itu soal lain, kerana setiap urusan kerajaan, terutama sistem
perolehan mesti mengikut peraturan," katanya dalam satu hantaran di
Facebook, hari ini.
Terdahulu Lokman dalam satu hantaran di Facebooknya mendedahkan 'surat sokongan' Annuar kepada Muhyiddin agar diberikan rundingan terus projek membina dan menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai (pakej 2C dan 3A) kepada sebuah syarikat.
"Sekarang baru saya faham kenapa Annuar beria mempertahankan Muhyiddin Yassin," tulisnya yang turut memuat naik gambar surat sokongan itu.
"Projek Membina dan Menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan, Pakej 2C & 3A. Patutlah Annuar Musa berangan nak tanding presiden Umno,"
'Sokongan tidak berjaya'
Sementara itu Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, sokongannya itu tidak berjaya dan tidak diambil kira pun oleh perdana menteri.
"Belum selesai dengan DAP, ada lagi kerja fitnah ini.
"Mujur juga sokongan tak berjaya, dan tak diambil kira pun oleh perdana menteri dan projek berkenaan telah pun dibuat secara tender terbuka.
"Jika tidak entah apa lagi fitnah agaknya," ujarnya.
MR : Pertama memang ramai jumpa YB nak tt atas banyak urusan - itu sistem politik yang UMNO ajar sejak 60 tahun lalu. Nak buku teks pun kena tt ketua kampung UMNO yang kadang kala baca buku tak tahu tapi kerana mereka UMNO di lantik Ketua Kampung. Lobok (panggilan mesra Lokman sudah tahu). YB biasanya akan tt dan bermulut manis. Soal lulus tak lulus itu mainan lain. Tapi kerana nak serang PPBM, lobakman ini menjadi senjata UMNO nak serang sasaran. UMNO boleh berlepas diri pasal di dipecat UMNO. Hebatkan permainan UMNO yang tak pernah berubah dulu kini dan selama-lamanya. Sanggup tikam pemimpin sendiri DEMI NAK SELAMAT PEMIMPIN KORUPSI mereka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan