Di tengah-tengah kemelut politik di Perak, Umno membuka jalan untuk berdamai dengan Bersatu supaya meneruskan kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu.
Ini beberapa hari selepas Adun Umno tidak mengundi menyokong usul percaya Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu.
Lantaran itu, Faizal mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar pada Sabtu lalu.
Setiausaha
Agung Umno Ahmad Maslan berkata dia telah menulis kepada rakan
sejawatnya dalam Bersatu dan PAS awal hari ini agar mempertahankan
kerajaan PN di Perak.
"Saya
telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung PAS (Takiyuddin
Hassan) dan Setiausaha Agung Bersatu (Hamzah Zainudin) pada Selasa 8 Dis
20 berhubung keputusan mesyuarat khas MT Umno malam 7 Dis 20.
"Bahawa kerajaan PN yang terdiri daripada Adun Umno, PAS dan Bersatu di Perak perlulah diteruskan," katanya pada ciapan di Twitter.
Ahmad Maslan berkata kedua pemimpin itu telah menjawab suratnya pada petang hari ini.
"Intipati jawapan surat setiausaha agung PAS dan setiausaha agung Bersatu ialah keputusan berhubung kerajaan PN di Perak akan dibincang dengan pimpinan parti mereka dengan segera.
"Saya optimis dan positif. Semoga PAS dan Bersatu akan bersama Umno di Perak. Diharap segalanya akan selesai dengan baik dalam sedikit masa lagi," katanya.
Bagaimanapun, sumber memberitahu Bersatu Perak masih belum memutuskan sama ada akan menyokong Umno atau tidak untuk membentuk kerajaan negeri baru.MR : Baru nampak cerdik sedikit UMNO. Jangan bodoh kononnya nak bentuk jajaran baharu dengan PH dan DAP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan