HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Disember 2020

Mana lagi setiakawan umno Perak terhadap parti-parti komponen BN yang lain?


Manakah disiplin Adun-adun Umno Perak yang membelakangi dasar yang diputuskan Parti tanpa DAP, Tanpa Anwar?

Apapun alasan diberi hanyalah matlamat menghalalkan cara, perkara yang boleh dijadikan alasan itu bagai orang mengantuk disorongkan bantal dan ketidakpuasan hati dijadikan perisai.

Namun, mana lagi setiakawan umno Perak terhadap parti-parti komponen BN yang lain MCA-MIC apabila mula bermain mata dengan DAP. Membelakangi Piagam Muafakat Nasional (MN) dan persefahaman Perikatan Nasional (PN)

Kepimpinan tertinggi UMNO perlu mengambil langkah bijak menangani isu ini supaya tidak dilihat lemah dan tidak dapat mengawal Umno peringkat negeri

(*) Chua Hock Kuan
Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan - MINDA RAKYAT

Tiada ulasan: