KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, selepas diputuskan menerusi undian suara majoriti.
Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Ketika pengumuman Belanjawan 2021, KBS diperuntukkan sejumlah RM614,136,800.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan