KUALA LUMPUR: Peruntukan berjumlah RM1.28 bilion untuk Kementerian Sumber Manusia diluluskan di peringkat jawatankuasa tanpa berdepan sebarang bantahan di Dewan Rakyat hari ini.
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, ia diluluskan dengan undian suara majoriti.
“Lebih suara bersetuju,” katanya di Dewan Rakyat.
Peruntukan sebanyak RM1.28 bilion dalam Belanjawan 2021 yang terdiri daripada RM823 juta untuk perbelanjaan mengurus dan RM464 juta bagi perbelanjaan pembangunan itu, diluluskan dengan mudah tanpa melalui undian belah bahagi, selepas 10 Ahli Parlimen mengambil bahagian membahas, sebelum penggulungan oleh Menterinya, M Saravanan.
Ini menjadikan peruntukan untuk 21 kementerian sudah diluluskan di Dewan Rakyat setakat ini, di sebalik tindakan pembangkang mempersoalkan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan