Abd Razak Mohd Ali
Farhash
Wafa berkata, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, adalah
bagi semua pemimpin politik agar mencari formula terbaik. - Foto
BERNAMA
IPOH:
Kesediaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk bekerjasama dengan
semua pihak, hanya akan menyegerakan penubuhan sebuah kerajaan negeri
yang dapat memupuk semangat perpaduan.
Pengerusi
Majlis Pimpinan PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata,
titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, adalah bagi semua
pemimpin politik agar mencari formula terbaik.
Menurutnya,
jika semua pihak bekerjasama, maka wujudlah satu landskap politik yang
baharu dan berteraskan perpaduan, sejajar dengan titah Tuanku.
“Semua parti politik perlu lebih matang dan mengambil sikap yang terbuka,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya,
negara memerlukan pemahaman landskap politik baharu yang dapat
menyatukan semua kaum dalam menempuh cabaran dunia pasca COVID-19 secara
muafakat.
“PKR Perak menjemput semua ahli politik agar mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat.
“Sebarang usaha perdamaian amat penting pada masa ini agar kepentingan rakyat tidak terabai,” ujarnya.
Beliau berharap pemimpin politik tidak mengabaikan tanggungjawab hanya kerana tidak bersefahaman.
“Apa yang jelas adalah kita bersedia memberikan sokongan kepada kerajaan yang mengutamakan semangat kesepakatan,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan