Astro Awani
Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka perlu hadir setelah menerima Titah
Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
KUALA LUMPUR:
Pas membuat perubahan dengan mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) parti itu di Perak supaya hadir menghadap Sultan Perak,
Sultan Nazrin Shah.
Setiausaha Agungnya,
Datuk Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan ringkas malam Selasa, berkata
mereka perlu hadir setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Perak.
"PAS
sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung
kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang
urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni dengan penuh teliti dan
beradab.
"Adapun dalam hal kehadiran ke
Istana Perak, disebabkan Pas tidak mahu terkhilaf dalam membuat
keputusan terutama jika ia bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia
Sultan, maka Pas mengarahkan semua ADUN Pas untuk hadir ke Istana
setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Perak.
"Pas
akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional
(PN) untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemat dan
terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara," katanya dalam
kenyataan tiga perenggan itu.
Arahan
terbaharu itu tiba selepas parti itu sebelum ini mengarahkan tiga ADUN
membatalkan rancangan menghadap Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta,
Ipoh, petang Selasa.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, dilaporkan berkata, keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.
Tiga
ADUN itu ialah Razman sendiri yang juga ADUN Gunong Semanggol; Mohd
Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan