HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Disember 2020

RUU Perbekalan Kementerian Kerja Raya lulus dengan suara ramai.

MGF22092020_SESI-LIBAT-URUS-PENGGIAT-INDUSTRI-PEMBINAAN_18
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi Kementerian Kerja Raya lulus di peringkat jawatankuasa tengah hari ini.

Keputusan yang diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said kira-kira jam 12.20 tengah hari itu memutuskan dengan sokongan majoriti suara ramai Ahli Parlimen.

RUU itu digulung oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dengan sekurang-kurangnya 10 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan.

Namun, disebabkan kekangan masa 45 minit yang diperuntukan, ada beberapa Ahli Parlimen tidak sempat mengemukakan soalan tambahan dan akan dijawab secara bertulis oleh menteri.

Peruntukan Belanjawan 2021 bagi kementerian itu berjumlah lebih RM1 bilion. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: