HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Disember 2020

Tangani isu kepercayaan dan rasa curiga dalam politik, iktibar dari Perak - Penganalisis

Madiha Abdullah
Tangani isu kepercayaan dan rasa curiga dalam politik, iktibar dari Perak - Penganalisis
Tindakan Ahmad Faizal melantik ADUN UMNNO sebagai Setiausaha Politik dilihat 
memburukkan lagi keadaan. - Gambar fail/BERNAMA
 
KUALA LUMPUR: Kemelut politik yang melanda egeri Perak sebenarnya berakar umbi dari rasa tidak percaya dan saling curiga antara dua parti politik, iaitu UMNO dan Bersatu.
 
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berpendapat, ia seharusnya menjadi iktibar buat kerajaan dalam merangka pelan politik seterusnya.
 
"Ketika kerajaan Perak dibentuk, harus diakui jumlah kerusi yang dimiliki UMNO dan Bersatu jauh berbeza. UMNO ada kerusi lebih banyak iaitu 25 berbanding lima yang dimiliki Bersatu.
 
"Lima yang dimiliki itu pula hasil daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti, dari UMNO. Jadi angka itu tidak seimbang dan kemudian apabila Bersatu diangkat sebagai Menteri Besar, tercetus rasa tidak puas hati," katanya ketika muncul dalam program Buletin AWANI.
 
Tambahnya hal itu kemudiannya diburukkan lagi dengan tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dianggap cuba melemahkan kuasa UMNO dan menjadikan Bersatu kuasa politik dominan di Perak.
 
[LAPOR LANGSUNG]: Saarani MB baharu Perak
 
"Beliau melantik ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politiknya dan saya difahamkan ia dilakukan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan UMNO.
 
"Ini tentulah situasi yang tidak menyenangkan sebab ia seolah-olah usaha untuk 'mencuri' seorang lagi ADUN UMNO.
 
"Maka tercetuslah krisis menjatuhkan Faizal kerana undi percaya tidak lagi dapat dielakkan," tambahnya.
 
Kemelut politik di Perak bermula selepas Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul percaya yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU) pada sidang DUN, Jumaat lalu.
 
Ia menyaksikan Ahmad Faizal tersingkir daripada jawatannya apabila hanya mendapat 10 undi sokongan manakala 48 ADUN lagi tidak menyokong.
 
Abdul Manaf yang mengemukakan usul terbabit mengundi untuk tidak memberi sokongan manakala ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang meninggalkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan kemudiannya menyertai Bersatu pula dilaporkan tidak mengundi.

Tiada ulasan: