Irwan Muhammad Zain
Marzuki
berkata, gabungan baharu itu tidak terhad kepada parti politik sahaja,
tetapi
harus turut merangkumi ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN)
yang tidak boleh menerima amalan itu. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:
Satu gabungan baharu perlu ditubuhkan untuk menentang pentadbiran
pemimpin-pemimpin kleptokrat, berbanding kerjasama yang hanya
bermatlamatkan kuasa politik, kata Timbalan Presiden Penaja Pejuang,
Datuk Marzuki Yahya.
Marzuki berkata,
gabungan baharu itu tidak terhad kepada parti politik sahaja, tetapi
harus turut merangkumi ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) yang tidak boleh menerima amalan itu.
"Inilah
usaha yang mahu kita perjuangkan dan kita yakin, setiap pemimpin
politik yang berpegang kepada prinsip akan bersama menghalang
kleptokrat-kleptokrat dari menerajui negara dan juga pemimpin politik
yang mengamal rasuah," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut
beliau, kecelaruan politik bermula apabila Pakatan Harapan (PH)
dijatuhkan yang membawa tertubuhnya Perikatan Nasional (PN) yang
didukung oleh Muafakat Nasional (MN) serta Barisan Nasional (BN).
Katanya,
naratif yang digunakan untuk menjatuhkan PH adalah DAP mengawal
pergerakan dan keputusan yang dibuat pemimpin Melayu dalam kerajaan.
Marzuki
juga mendakwa PN mahu menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
daripada menjadi perdana menteri tanpa melalui proses yang betul.
"Jika
Anwar mempunyai sokongan majoriti, dia perlu diterima sebagai perdana
menteri. Jika PN tidak mahu menerimanya, maka mereka perlu buktikan di
Parlimen bahawa dia tidak mendapat sokongan majoriti.
"Itulah
asas yang sepatutnya kita lalui. Sebaliknya, Muhyiddin Yassin dan PN
memilih untuk menjadi perdana menteri dan menubuh kerajaan," katanya
lagi.
Marzuki berkata, kecelaruan politik
itu terus berpanjangan setelah selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah
dimana berlaku pertikaian siapa yang lebih berhak menjadi Ketua Menteri,
sama ada dari PN atau BN.
Katanya, tidak lama setelah kemelut Sabah ditenangkan, kecelaruan terjadi pula di Perak.
"Kecelaruan
ini berterusan apabila sekarang UMNO bersedia bekerjasama dengan DAP
dan lain-lain parti dari PH untuk menubuh Kerajaan Perak yang baharu.
"Di
sebelah lain, DAP pula, yang sebelum ini menolak sebarang kerjasama
dengan UMNO yang dipimpin oleh kleptokrat serta dilabel sebagai
pendukung ketuanan Melayu, bersedia bekerjasama," katanya.
Marzuki
berkata, kredibilti Anwar dan beberapa ahli Parlimen dalam PH tercalar
teruk apabila tidak meminta undi belah bahagi untuk peringkat dasar
Belanjawan 2021.
Katanya, tindakan Anwar
dan beberapa ahli Parlimen dari PH dan Bebas begitu menghampakan
penyokong-penyokong dan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan
PN dan kepimpinan Muhyiddin.
"Berlatarbelakangkan
kesemua ini, kami berasa sudah sampai masa kita berusaha membawa rakyat
keluar dari kecelaruan akibat daripada gabungan dan perikatan antara
parti-parti yang wujud semata-mata untuk mendapat kuasa, tetapi
berselindung di belakang slogan agama, bangsa dan tanah air.
"Kita
perlu menubuhkan gabungan baharu yang berpegang kepada perjuangan iaitu
untuk menyekat kleptokrat dan sekutu-sekutu baru mereka yang bersedia
melakukan rasuah untuk berkuasa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan