KUALA LUMPUR – Pas yakin pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai tepat.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalamannya sebagai menteri, menteri kanan serta pemimpin UMNO paling kanan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Kata belilau, Pas yakin Ismail Sabri akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menguruskan negara terutama menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Presiden Pas dan seluruh kepimpinan serta ahli-ahli Pas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri pada hari ini.
“Pas turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri yang turut dilantik sebagai menteri kanan.
“Beliau yang juga merupakan anggota kanan dalam kerajaan sebelum ini diyakini mampu berganding tenaga dengan semua anggota Kabinet yang lain ke arah membawa Malaysia lebih dihormati di peringkat antarangsa,” katanya dalam kenyataan kepada hari ini.
Petang ini, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta.
Selain jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, Ismail Sabri juga kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Kedua-dua pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta merta. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan