HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Julai 2021

PAS kekal sokong Muhyiddin, Kabinet

AGENDA DAILY

PAS tegas mendukung sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

PAS kekal berdiri teguh bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam apa saja keputusan yang telah diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

“PAS tegas mendukung sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“PAS berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam mendukung semua keputusan yang telah diputuskan oleh Kabinet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengetepikan permainan politik dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19 sekarang ini.

“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik (Covid-19),” katanya.

Tiada ulasan: