HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Julai 2021

Dikritik isu Ivermectin, pembangkang akui ujian klinikal perlu dijalankan


Kerajaan masih tidak membenarkan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19.

Susulan kritikan pakar perubatan berhubung gesaan penggunaan ubat antiparasit haiwan terhadap pesakit Covid-19, blok pembangkang mengakui satu ujian klinikal perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum penggunaannya diluluskan.

Pembangkang sebelum ini beria-ria mendesak Ivermectin digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 walaupun tiada bukti keberkesanannya, ia termasuk Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menyokong jika ubat itu digunakan untuk merawat pesakit.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini oleh tiga Ahli Parlimen (MP) pembangkang, Dr Dzulkefly (Kuala Selangor), Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) dan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) berkata ujian klinikal perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum penggunaan Ivermectin diluluskan.

“Kami menegaskan bahawa penggunaan mana-mana jenis rawatan untuk Covid-19 haruslah berdasarkan data dan sains yang diperolehi melalui ujian klinikal yang dijalankan dalam prinsip ‘evidence-base medicine’.

“Ini termasuk kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawatan Covid-19 yang haruslah berdasarkan data-data yang yang dikumpul melalui ‘randomised clinical trials’ yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga di seluruh dunia,” kata kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut berkata setakat ini masih belum ada bukti kukuh yang sedia ada tidak menyokong penggunaan ivermectin untuk rawatan dan pencegahan Covid-19.

“Tinjauan sistematik yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British yang menganalisis semua data sehingga 1 Mac mendapati bukti untuk faedah Ivermectin adalah “kepastian yang sangat rendah” kerana kekurangan metodologi dan ukuran kecil kajian yang terlibat.

“Oleh itu, kelulusan mana-mana rawatan Covid-19 termasuk Ivermectin haruslah melalui process ujian klinikal yang specifik dan sebarang keputusan haruslah berdasarkan data, science yang ada serta mengambil kira kesan sampingan terhadap pengguna,” katanya lagi.

Desakan supaya penggunaan ubat antiparasit haiwan itu digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 itu dibangkitkan Mat Sabu ketika Sidang Khas Dewan Rakyat kelmarin, tanpa pengemukakan fakta kajian berasaskan saintifik.

Kemudian satu demi satu MP pambangkang dan sekutu mereka seperti MP Bagan Lim Guan Eng, MP Sungai Buloh R Sivarasah dan MP Shah Alam Khalid Samad, bangun memberi hujah kosong tanpa bukti kajian.

Sehingga satu tahap, Mat Sabu mencadangkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengetepikan peraturan Badan Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) dalam meluluskan penggunaan ubat haiwan itu.

Dalam kenyataan itu lagi, pembangkang menegaskan penggunaan Ivermectin perlu mengambil kira data-data menerusi ujian klinikal sebelum ia diluluskan untuk digunakan.

“Oleh itu, kelulusan mana-mana rawatan Covid-19 termasuk Ivermectin haruslah melalui process ujian klinikal yang specifik dan sebarang keputusan haruslah berdasarkan data, science yang ada serta mengambil kira kesan sampingan terhadap pengguna.

“Kita haruslah meneliti data-data yang keluar termasuk hasil ujian klinikal oleh KKM yang dijangka siap pada bulan September,” katanya lagi.

Tiada ulasan: