HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Julai 2021

Gesaan letak jawatan muncul selepas istana dukacita

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kerajaan mula berdepan tekanan selepas Yang di-Pertuan Agong dukacita dengan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan kerana mengelirukan Dewan Rakyat dalam isu pembatalan ordinan darurat.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya derhaka kepada agong dan justeru itu harus meletakkan jawatan.

“Perdana menteri Muhyiddin Yassin dan seluruh jemaah menteri tanpa pilihan wajib meletak jawatan dengan serta-merta!” katanya.

Haniff Khatri 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsudddin sebentar tadi mengeluarkan kenyataan, menzahirkan rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka amat dukacita dengan kenyataan bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat,walhal ia belum diperkenan.

Katanya, baginda juga amat dukacita kerana apa yang diperkenankan dan dipersetujui dengan Takiyuddin dan Peguam Negara Idrus Harun supaya pembatalan ordinan darurat dibahaskan di parlimen bagi tujuan dirungkaikan tidak dilaksana.

"Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Rafidah Aziz 

Sementara itu, bekas menteri Rafidah Aziz pula berkata pemecatan atau pengunduran harus dibuat susulan tindakan itu.

“Perkara itu terang-terang mengetepikan Agong dan tidak boleh diterima.

“Kerajaan ini ternyata mengetepikan proses demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan negara,” katanya.

Tiada ulasan: