Baru-baru ini Datuk Seri Najib Razak cuba menjadi hero dengan menggesa kerajaan supaya tidak kedekut berhubung isu doktor kontrak, walhal umum tahu beliau sudah pun menang kes di mahkamah melibatkan tuntutan wang sitaan RM114 juta.
Begitulah perangai bekas Perdana Menteri, berkemungkinan Najib lebih nyanyuk awal berbanding usianya yang masih belum masuk kategori warga emas.
Najib membidas kerajaan berhubung isu doktor kontrak tetapi faktanya polisi tersebut diperkenalkan semasa pentadbirannya pada 2016 tetapi kini beliau cuba buat-buat lupa mungkin kerana terlalu sibuk dengan kes mahkamah atau mungkin sibuk dengan teman baharunya.
Agenda Daily ingin mengimbau kembali supaya Najib tidak lupa dan hilang memori sebelum usia tuanya.
Skim doktor kontrak diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dipimpin Najib pada 2016 dibawah Transformasi Perkhidmatan Awam, waktu itu negara kekurangan doktor dan kerajaan waktu itu memutuskan untuk melantik kumpulan lulusan perubatan, pergigian dan farmaseutikal pertama secara kontrak.
Pada 15 Disember 2016, satu memo Kementerian Kesihatan dihantar daripada ketua setiausaha (KSU) kepada semua ketua pengarah negeri dan ketua pengarah hospital awam untuk memulakan skim tersebut disamping persetujuan kerajaan untuk melantik staf kontrak bermula 21 Oktober 2016.
Salah seorang doktor yang juga rakan Agenda Daily mengesahkan berhubung memo tersebut dan masih mengingati waktu itu ramai yang tidak berpuas hati dengan kerajaan BN tetapi bimbang berdepan dengan tindakan yang bakal dikenakan.
Doktor tersebut memberitahu kerajaan BN waktu itu sangat berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja yang mereka mahu supaya penjawat awam mendengar cakap, malahan pandangan para doktor juga tidak diendah.
“Sekarang Najib nak jadi hero? Dahulu kenapa tidak bela kami? Tak payah lah nak berlagak diri itu suci sangat.
“Kami para doktor masih ingat bagaimana diperlakukan semasa era Najib, nak bagi pandangan pun fikir banyak kali takut dikenakan tindakan kerajaan BN waktu itu… mereka terlalu berkuasa sehingga siapa pun tidak berani,” kata seorang doktor yang juga rakan kepada Agenda Daily.
Seperti isu kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tahi yang ditinggalkan Najib dan konco-konconya kini terpaksa dicuci oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Begitulah hebatnya bekas Presiden UMNO itu yang kini bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri semula.
Jika tidak masakan sanggup dengan muka tebalnya Najib ini sanggup panjat pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) hanya semata-mata mahu berjumpa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Belum pernah rakyat jumpa pemimpin muka setebal macam ini, hari-hari Najib maki kerajaan dan kecam Menteri serta Timbalan Menteri UMNO tetapi alih-alih baru-baru ini terpacak di pejabat TPM.
Untuk rekod, kerajaan tidak pernah mengabaikan dan meminggirkan nasib doktor kontrak dan sebagai langkah segera Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan langkah segera yang akan diambil antaranya kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak akan dilanjutkan antara dua tahun hingga empat tahun selepas menamatkan khidmat wajib sekarang.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik kemudahan atau faedah yang ditawarkan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak seperti cuti tugas khas perubatan, cuti tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal.
Jika Najib boleh menuduh kerajaan kedekut, rakyat juga nak tanya mana wang RM114 juta? KATA NAK TUNTUT, SUDAH TUNTUT KE BELUM? HARI ITU KATA NAK TUNTUT 24 JAM? SEKARANG INI SUDAH LEBIH 24 HARI PUN BELUM TUNTUT… JADI BILANYA NAK TUNTUT?
Janganlah kedekut dengan rakyat, rakyat pun nak merasa juga duit simpanan tabung Najib yang berjuta-juta itu… Bantulah kami rakyat yang memerlukan bantuan sekarang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan