HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Julai 2021

Ahli Parlimen UMNO masih di blok kerajaan


Perubahan tempat duduk di Dewan Rakyat hanya membabitkan Ahli PArlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Semua 38 Ahli Parlimen daripada UMNO masih dilihat duduk di barisan blok kerajaan walaupun parti itu sebelum ini membuat keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hanya yang berubah adalah tempat duduk Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditempatkan di sebelah Perdana Menteri, setelah beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Carta tempat duduk di laman web Parlimen yang dikemas kini menunjukkan Ahli Parlimen UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) yang sebelum ini mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), juga dilihat duduk di blok kerajaan.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan kepada petugas media bahawa tiada sebarang perubahan tempat duduk di Dewan Rakyat.

Carta tempat duduk di laman web Parlimen yang dikemas kini semalam juga menunjukkan menteri-menteri UMNO kekal di tempat masing-masing.

8 Julai lalu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu menarik balik serta-merta sokongan terhadap Muhyiddin dengan antara lain memberi alasan kerajaan gagal menangani masalah Covid-19.

Tiada ulasan: