HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Julai 2021

Sidang Dewan Rakyat ditangguh susulan kekecohan


Sidang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.

Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga petang ini susulan kekecohan yang berlaku ketika sesi dipengerusikan Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang tidak mempedulikan arahan Mohd Rashid supaya berhenti daripada membuat kekecohan di dalam Dewan Rakyat.

Beberapa Ahli Parlimen juga mendesak supaya sidang Dewan Rakyat ditangguhkan.

Mohd Rashid akhirnya menggunakan Peraturan 12 (2) Peraturan Dewan Rakyat untuk menangguhkan sidang selama 15 minit, sambil ahli Parlimen blok pembangkang terus menjerit-jerit.

Tiada ulasan: