HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Julai 2021

Pemuda UMNO Selangor gesa Muhyiddin berundur

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

RIZAM ISMAIL

SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Rizam Ismail berkata, kenyataan tersebut sebagai  menyokong pandangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta agar Muhyiddin meletak jawatan.

“Tuntutan ini berdasarkan titah Seri Paduka yang menzahirkan  rasa amat dukacita mengenai pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

“Kenyataan Istana Negara itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dengan sengaja ingkar dan melanggar titah baginda yang jelas mahu cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan (pengundian) sejajar dengan maksud Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: