HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Julai 2021

Sudah sampai masanya ketua ultra kiasu dihumban ke Kemunting

  Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

APABILA kerajaan Allah difahami sama seperti kerajaan ultra kiasu

Apabila mendapat kritikan hebat daripada netizen, ketua ultra kiasu tua, telah memadamkan kenyataannya dalam semua laman sosialnya. Antara intipatinya:

If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government” 

Antara maksud terjemahannya, kerajaan Allah gagal. Kalau “kerajaan Allah” adalah bentuk kerajaan terbaik semasa pandemik ini, kenapa Malaysia berada di tempat terakhir dalam senarai keseimbangan global oleh Economist dan dikalahkan oleh negara-negara lain yang tidak mengiktiraf atau meletakkan nama negara mereka sebagai “kerajaan Allah”

Ketua ultra kiasu yang telah tinggal di bumi bertuah bergenerasi, beranak-pinak, menjadi wakil rakyat begitu lama, langsung tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami bahasa Melayu, dalam bentuk teks dan konteks, tersurat dan tersirat, makna kerajaan Allah dengan makna kerajaan semasa.

Bila disebut kerajaan Allah, kita merujuk kepada kekuasaan Allah yang menjadi dunia ini. Kerajaan Allah adalah kerajaan dunia ini dan seisinya, kerana Allah yang menjadi semua itu.

Dalam maksud, Allah Maha Penguasa dan Maha segala-galanya, tidak terhad kepada hanya 99 nama Allah. Pendek kata, tidak ada yang boleh menandingi kerajaan Allah.

Ultra kiasu memahami, seolah-olah Allah ini ada kerajaan seperti kerajaan Malaysia, atau kerajaan Pulau Pinang, pimpinan mereka. Langsung tidak memahami sensitiviti majoriti umat Islam.

Akibat daripada tidak memahami istilah dan kosa kata yang mudah ini, akhirnya ketua ultra kiasu secara langsung telah menghina Allah, agama Islam itu sendiri dan penganutnya.

Jika tidak masakan ultra kiasu ini padam komennya itu setelah dikecam, bukan hanya orang Islam tetapi bukan Islam. Sebenarnya ramai bukan Islam yang baik-baik yang tidak sepertinya.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam, sebahagiannya ada yang tidak suka kepada parti dan pemimpin ultra kiasu, tetapi kita tidak pernah mengaitkan dengan agama mereka. Apatah lagi menghina agama bukan Islam.

Dalam maksud, marahnya kita kepada parti dan pemimpin, tidak dikaitkan dengan agama atau budaya. Begitulah profesionalnya kita dalam menganalisis isu-isu semasa. Malangnya ketua dan pemimpin ultra kiasu tidak sebegitu. Layakkah ultra kiasu digelar sebagai pemimpin.

Jika bapak ultra kiasu ini marahkan Presiden PAS. Itu hak dia untuk kecam dia, perkara biasa dalam permainan politik. Tetapi jangan kaitkan sama sekali dengan nama Allah, sehingga menampakkan penghinaan terhadap Maha Penguasa dan Maha Pencipta ini.

Sesungguhnya, Allah kepada umat Islam teramat besar ertinya. Hidup mati umat Islam adalah untuk dan kerana Allah.

Bapak ultra kiasu, kamu sudah menjadi terlalu kurang ajar. Kamu sewajar sudah dihalau balik sejak 13 Mei 1969 lagi.

Kenapalah ISA dimansuhkan. Jika tidak, boleh segera hantar bapak ultra kiasu ke kem tahan Kemunting.

Saya menyeru kepada semua umat Islam, sedari kebobrokan dan kejahatan ultra kiasu. Mereka ini adalah adalah musuh Islam, jangan sama sekali memberikan undi kepada musuh-musuh ini. Mereka langsung tidak layak pun berada di bumi yang didatanginya ini, usahkan menjadi pemimpin.  ISMA WEB

Tiada ulasan: