Beliau juga tidak menyebut mengenai kedudukan parti pakatan lain, termasuklah gabungan yang dibentuk oleh UMNO dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN).
Zahid sebaliknya, berkata kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai gagal termasuklah dalam memenuhi aspirasi rakyat.
Beliau juga menggariskan tujuh kegagalan yang dilakukan kerajaan pimpinan Muhyiddin, khususnya berkaitan dalam menangani pandemik COVID-19, menyalahgunakan Proklamasi Darurat serta usaha memberi bantuan dan tuntutan rakyat.
"Kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.
"Ini termasuklah polisi-polisi yang tidak konsisten, pelaksanaan PKP yang separa masak dan berubah-ubah hingga rakyat dikurung secara sia-sia selama hampir 6 bulan tanpa pembelaan sewajarnya," katanya ketika membaca kenyataan media itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan