HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Oktober 2021

Kenapa Annuar Musa, Shahidan tak dikenakan tindakan? – Idris Haron

MALAYSIA POST

Kenapa Annuar Musa, Shahidan tak dikenakan tindakan? – Idris Haron

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mempersoalkan keputusan kepimpinan Umno memecat keahliannya kerana menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Idris juga mempersoalkan kenapa kepimpinan Umno menjatuhkan hukuman secara terpilih kepadanya, sedangkan terdapat beberapa pemimpin Umno yang melanggar keputusan parti dengan tidak menyokong ketetapan Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini.

Beliau menamakan Datuk Seri Shahidan Kassim serta Tan Sri Annuar Musa yang tidak tidak diambil tindakan kerana ingar ketetapan PAU lalu.

“Kenapa tindakan diambil kepada kami, diberi hukuman terpilih sedangkan kami perlu diberikan hak untuk didengari. Kkenapa Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan tak ada tindakan.

“Pernah juga suatu ketika Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa terima jawatan Timbalan Perdana Menteri, melanggar keputusan parti, kenapa mereka masih lagi di sana (dalam Umno).

“Saya harap peraturan parti mesti ada hak untuk didengari, mesti dengar mengapa kami lakukan demikian (tarik sokongan kepada Ketua Menteri),” katanya dalam sidang media bersama Adun Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, beliau belum menerima surat pemecatan namun mendapat tahu mengenainya menerusi media sosial.

“Saya tak terima surat itu lagi, cuma dapat dari media sosial menunjukkan Datuk Seri Ahmad Maslan (Setiausaha Agung Umno) tandatangan. Secara fizikal saya tak nampak.

“Saya tak pasti bila surat itu akan sampai kepada saya, Datuk Azman kata dia masih ahli Umno, kalau dapat saya akan balas,” katanya.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid menegaskan dua Adun Umno di Melaka yang mengkhianati parti akan dipecat kerana mereka hilang taat setia kepada Umno. – Malaysiapost

Tiada ulasan: