Astro Awani
UMNO
perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit
dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di
Melaka. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
UMNO dilihat tidak mampu bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)
Melaka sekiranya ingin kekal memegang tampuk pentadbiran di negeri itu.
Penganalisis
politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Sivamurugan
Pandian berkata UMNO perlu melihat kepada lawan mereka iaitu Pakatan
Harapan (PH) yang dilihat tidak goyah dengan kemelut yang berlaku ketika
ini.
"Walaupun
Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) menyatakan mereka boleh
bergerak solo, tetapi dalam konteks sekarang ini, percaturan juga harus
melihat kepada kedudukan pesaing politik mereka PH yang saya rasa tidak
goyah dengan kerjsaama DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Sekiranya
ingin dekati undi protes, yang sudah tentu boleh berlaku, dan jika mahu
ingin pastikan pola pengaliran keluar pengundi meningkat kerana
dijangka menurun dalam kedudukan semasa, maka kerjasama-kerjasama ini
perlu dimaksimumkan oleh UMNO," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.
PRN Melaka | Pengumuman besar SPR pada Isnin
Jelasnya,
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran
terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku
di Melaka.
"Sekiranya kerjasama dibina
dengan parti-parti lain (komponen Perikatan Nasional), itu
sekurang-kurangnya akan menunjukkan keupayaan UMNO untuk ketengahkan
penyatuan ataupun kerjasama dengan parti lain dalam keadaan ketika perlu
mengurus beberapa persepsi.
"Jadi, UMNO
berhadapan dengan persoalan untuk mengurus persepsi dalam kalangan
pengundi walaupun kita tahu di peringkat akar umbi, UMNO kuat dari segi
guna tenaga, jentera dan mengurus parti.
"Sejauh mana itu mampu terjemah dalam bentuk sokongan (semasa PRN), masih menjadi satu titik persoalan," katanya.
Zahid
pada Selasa memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN)
berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam PRN Melaka sekiranya ia
diadakan kelak.
Katanya, biarlah UMNO
bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo, dan
percaya rakyat akan memilih parti yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan