Fareez Azman

Ujar
Presiden UMNO itu, PRN Melaka bakal menyaksikan satu landskap politik
baharu yang dilakarkan berdasarkan situasi politik semasa. - Gambar fail
MASJID TANAH: Semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah kerusi panas.
Demikian
jelas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung persediaan
parti itu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
"Saya
anggap semua kawasan adalah panas, semua kawasan fokus. Biarpun kita
mengenal pasti kawasan fokus, tentunya kita berpegang apa yang termaktub
dalam Perlembagaan UMNO, iaitu calon-calon bagi mana mana pilihan raya
dibincangkan di peringkat Bahagian UMNO dan kemudian mengemukakannya
kepada kepimpinan atasan untuk ditandatangani watikah," jelasnya.
Jelas Ahmad Zahid, jentera pilihan raya UMNO dan BN telah digerakkan di semua kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN Melaka.
Ujar
Presiden UMNO itu, PRN Melaka bakal menyaksikan satu landskap politik
baharu yang dilakarkan berdasarkan situasi politik semasa.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jentera UMNO PRN Melaka di Masjid Tanah pada Selasa.
Turut
hadir dalam majlis itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Wanita
UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida
Zarik Khan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan